Tuesday, December 8, 2009

Day 7 : HTN (Tuesday)


Breakfast with mummy :

1 biji pisang
air kosong

Lunch with mummy 12.30pm :
1 piring(kecik tau) keow teow
1 ketul ayam
3-4-5 suap pengat pisang
teh ais

Dinner :
pengat pisang
Air kosong
(Picture kredit to : www.dreamstime.com)

Nota:
Hari ni byk plak makan pisang. Tiba2 plak skarang duk asyik kerap makan pisang. Mak ada cerita, dulu2 masa kecik, saya suka makan pisang. Siap penah meraung2, menangis nakkan buah pisang kat dulang hantaran jiran nenek (nanti saya try korek2 balik album lama n post kat sini)

Ni antara Khasiat Pisang untuk pengetahuan bersama:
(SUMBER DARI : http://www.jomlayan.com/mybb/khasiat-pisang-t-8705.html)

KHASIAT PISANG :
1) Atasi masalah SEMBELIT

2) Kurangkan TEKANAN DARAH . Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

3) SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG - ‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

4) REDAKAN TEKANAN - Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

5) KURANGKAN RASA MUAL - Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

6) KULIT PISANG - PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.


ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

No comments: