Saturday, February 19, 2011

Wedding Yen - my officemate

Entry Tertunda - 12 Februari 2011 (a lovely Saturday)
Seawal 7.30 pagi Yen n her sister (ida) dah ring my door bell .
Kenapa umah saya?
Sebabnya masjid untuk akad nikah/ dewan untuk 2nd event dekat sgt2 ngan umah saya. So Yen tak perlu nak ulang alik dr Sentul ke masjid/dewan since kat dewan takde bilik persalinan.. tengah renovate agaknya.
Untuk mudahkan pengantin, saya telah offer umah saya untuk jadi umah bersanggah? hehehe.

Setelah berbulan2 Yen duk mengira hari, membilang waktu,
akhirnya tiba jugak hari yg di nanti..
Its her wedding day ..akad nikah + majlis dewan.
Kak Ana pon teruja sama tau Yen.. Nak sama2 meraikan awak punya big day..
& am so blessed Yen sudi nak berkunjung kat umah akak untuk make-up pengantin(akad + majlis dewan) n bersiap2 for the 2nd event at the noon.

Yen tengah diandam oleh pro make-up. Emma Pesona. Cantik! Natural!
Yen is wearing grey outfit for her akad nikah.


Yen with her make-up artist. Emma.
Cantik kan Yen? Gorgeous!!



Pelamin kat dewan.. Nice..By mutiara catering.. bagus caterer ni..Siap ada pakej untuk pelamin skali... One for all..


Yen + Hafiz..
Congrates to both of u..
Moga perkahwinan yg dibina ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat... AMIN



The boys.. Wafiey(anak Zam) + Faris(anak Aishah)
Pandai dorang main aumm cak... hehehe.

Bila ada wedding mcm gini.. jadi tpt kawan2 melepak/berkumpul..
Seronok jugak.. Time kat opis susah nak berkumpul sesama..
Time mcm gini la bole jumpa other family members/hubby/anak2

So..itu je gambar yg ada dlm simpanan.. Nak tengok lebih2..kena tunggu dr pengantin..hehehe

Next...sape punya wedding lagi yer??


Tuesday, February 15, 2011

OST Full House

Bersyukur

Artikel ini diperolehi dari seorang blogger.. tapi sudah saya lupa apa blog urlnya..Maapkan saya..Namun agak berkesan sebagai peringatan diri sendiri.. di sini saya kongsikan untuk panduan bersama..

***********************************************************************************
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu...