Saturday, January 15, 2011

Green Rose OST Theme Song



If loving the wrong one could feel that good,
imagine how great it will be once the RIGHT one finds you!

LOVE has NO Reason.....

Thursday, January 6, 2011

The Loaf - Bangsar 2

05.01.2011
Makan-makan + sembang-sembang session with BFF



What we had :
Chicken salami PIE - RM6



Lasagna : RM20



Fruit Tart - RM8

Not in the pic :
Ice Lemon
Ice Mocha

Thanks nazra for the treat!
Next date.. SPA! our birthday treat.. hehehehe

New Year 2011

Dah berhari2, baru nak update entry tahun baru yer...
Apa azam tahun baru 2011?
Tiap-tiap tahun buat azam baru, renew macam renew lesen kereta...hiks..
Tapi takpe la kan? Setidak-tidaknya, masih ada semangat untuk berazam..
Harap2 walau apapun azam kita semua, insya allah semuanya untuk kebaikan
+ ke arah sesuatu yang positif... caiyok caiyok!

My Wishlist for 2011 - PART 1
1) kurus, cergas & sihat
HOW TO : kena start exercise + amal pemakanan sihat
Perlu belikah alat exercise? basikal? walker? huhuhu. Tgh dipikirkan...
(Item 1 ini sudah dimulakan since DEC 2010. Berat badan baru hilang 3kg.. sebab kurangkan makan. Then statik...tak turun2 dah..since last 2 weeks)

01.01.2011 - Taman Rekreasi Jelatek
TQ kak Tina. Jadi model untuk blog saya.
Aktiviti mengeluarkan peluh with Kak Tina. Maintain je cik kak ni.
Saya baru je wat brisk walk 2 round dah lencun kluar peluh.. hehehehe.
Next time kita pi tpt lain plak yer kak.

Self cook
Percubaan untuk amalkan cara pemakanan sihat - rebus/bakar/steam
+ Percubaan untuk membawa bekal ke opis. Insya Allah akan diteruskan


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
2) Belajar menjahit - nak cantikkan rumah dengan hasil kerja tangan sdiri.
Esp cadar, sarung bantal, table runner..
Aktiviti menjahit sebenarnya sudah saya mulakan di tahun 2010 - MANIK!
Alhamdulilah,berjaya menyiapkan beberapa corak manik di baju sdiri + baju anak kawan.
See, sape kata kita semua takde bakat? Ada sebenarnya.. cuma kena buang cik/puan M! MALAS. hahaha. Malas nak mula..atau malas nak buat.
Baju kurung? hehehe Yg ni kita simpan untuk azam 2012!
HOW TO : Kena beli mesin jahit + masuk kelas jahit (owh, sei-foo sudah lama menunggu)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
3) Beli Oven
Teringin nak bakar2 biskut, bakar2 kek, bakar2 pizza dll.
Eh, ni makanan kurang sihat ni...
Takpe, tuntut ilmu baru. Tambah ilmu.
Nanti x perlu tempah/beli kuih raya dah. Buat sdiri. hehehe
HOW TO : Start saving extra!! Baru boleh beli oven.
Duit pon bukan ada berkepuk2 dalam bank..


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
4) Bawak kereta
Ni la azam yang direnew tiap2 tahun. Since 1997! Lesen dah 14 tahun!
Harap2 hutang azam yang satu ni dapat dilangsaikan.
HOW TO : Eh, nak kena beli kereta ke ek? hehehe. Tak....
Kena masuk kelas memandu.. Refreshment class!! Insya Allah
Kat mana yer ada cikgu yg bole hilangkan fobia memandu saya ni?


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
5) Kawin
Apa?? Belum kawin? hehehe.
Tu la, memilih sgt dulu2.. hehehe
Tak la. jodoh belum sampai... Allah belum kasi. Allah belum puas mendengar saya berdoa.
Saya kena lebihkan berusaha + berdoa.. Kena lebih perbaiki diri.
Agaknya saya nak dapat suami yg baik kan? sebab tu saya kena perbaiki diri saya dulu.
Untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk seorang suami. Insya allah.
Doakan saya yer kawan2...
HOW TO : Ada cadangan tak kawan2? or.. ada calon? hahahaha.
Gatal merenyam ehhh...hahaha

Apa lagi yer? Nanti la sambung..
Byk lagi sebenarnya.

- To be continue -
or..to be update here..later...insya allah

ENGLISH ROSE

Dulu2, zaman2 kanak-kanak ribena, saya tak suka dengan design2 yg ada bunga2..
Tak kira la apa pon. Corak baju ke, pinggan mangkuk ke, alas meja ke,
sarung kusyen ke, cadar ke.
Tapi, bila usia dah meningkat 'remaja' ni.. minat telah beralih tanpa disedari.
Dah mula minat pada corak bunga2.
Takde la peminat & pengumpul tegar.
Cuma dah mula suka menengok + membeli skit2 yang di dalam kemampuan.
Sekadar untuk kegunaan dan bukan sekadar semata2 perhiasan dalam gerobok antik.
heeeeeeeee :-)

Tea Set


Periuk Belanga


Miniature... gelas, piring sos, folk n spoon with stand, tea-pot cute



Close up

P/s: Untuk sesorang yang amat menyukai barang2 bercorakkan English Rose ini, saya cadangkan beliau untuk cepat2 la terjah Kedai KK home deco yer.. hehehe.. Rambang mata tau nak memilih n membelinya nanti.. hehehe. Slamat shopping yer Kak S......hehehehe

Florentine

Entry Tertunda : 24th Dec 2010
Kelas Masakan : Florentine (cookies)
Tempat : Rumah Sei-foo (kg baru)

Jom layan gambar!
Before baking. Sei-foo ckp belum lulus menyusun kepingan badan. Syaratnya mestilah tidak berlapis2...hahaha. Tapi rumit tau nak nak susun ni.. Kena guna jari jemari.. Kena lembut menolak2..menguis2.. hehehe



Tengah baking. Kena selalu alert.. Takut hangus.. Bau n aromanya...humm. Wangi semerbak!!
(Besar sungguh oven sei-foo saya ni.. Sungguh kagum!)



Tadaaaaaa!!! Sudah siap!! Kena tunggu sejuk dulu. Baru boleh patahkan jadi kepingan2 kecik. Lepas tu boleh simpan dalam bekas kedap udara...or...ngap masuk mulut!!! hahahaha




Bekas setinggi ni.. x sampai sehari bole licin isi kat dalamnya!!


Terima kasih yer sei-foo. Atas ilmu masakan yg sungguh menarik & 'senang' ni.
Oh ya, sebagai balasan, saya telah mengajar sei-foo saya resepi :
NASIK MINYAK TERENGGANU
GULAI DAGING ala2 TRG
Ayam Goreng Berempah
Acar ala2 coleslaw KFC

Harapnya sesi perkongsian ilmu ini bole diteruskan lagi yer sei-foo.. Insya allah

Sunday, August 22, 2010

Suatu Masa - Part 1



SUATU MASA - M.NASIR
Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak2 akhir ini, lagu ini asyik terngiang2 . Bila bersendirian, lagu ini sering saya alunkan...sungguh sinonim bait2 lagu ini dengan diri saya..seakan sebati... dan tiap2 kali bila mendengar lagu ini, saya akan terkenangkan seseorang... Seseorang yang dekat di hati, walaupun jauh di mata... sangat jauh....terlalu jauh.... Namun begitu, ingatan terhadap dia tidak pernah padam.. dan tidak mungkin mudah padam....Dan tanpa gagal, setiap kali itu jugalah airmata saya akan menitik, mengalir...bila teringatkan dia..

Sudah agak lama ingin saya catatkan sesuatu tentang dia..mungkin di diary? Tapi saya tak pernah punya diary... Pernah saya tulis sesuatu catatan tentang Dia di buku contengan....tapi buku itu sudah hilang entah ke mana...Akhirnya, hari ini tergerak di hati saya untuk menulis sesuatu tentang dia di sini... Tapi saya agak kurang pandai mengarang ayat2 ala2 cerpen, untuk bercerita..berkongsi...Arghh..Macam mana yer?

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, saya terlalu merindui dia.. Tetapi, dapat saya rasakan..semakin hari ingatan peristiwa-peristiwa tentang dia semakin hilang dari ingatan saya..

Jika dulu, satu persatu dapat saya kisahkan tentang dia..dapat saya keluarkan cerita tentang dia terutama bila bercerita kisah lama, kisah dulu-dulu dengan teman2 rapat di ofis...ida...ina....iza....(sekadar menyebut beberapa nama)... Tapi akhir2 ini, ingatan tentang dia seolah2 mula hilang... arghh..jujur saya katakan, saya tidak mahu kehilangan memori tentang DIA.. Dia yang terlalu istimewa.. Ingatan/memori yang terlalu istimewa...terlalu mahal...dan terlalu indah untuk dikenang..... Dan saya akan terus mengingatinya, segalanya tentang dia...hingga mungkin sampai masa .."SUATU MASA" nanti perlu saya lupakan tentang dia...atau bila saya sudah mula lupa tentang dia....

Nanti lah..akan saya cuba ceritakan ..akan cuba saya mulakan sesuatu..
SESUATU CERITA..Sesuatu catatan TENTANG DIA....& kaitannya dengan lagu SUATU MASA ini....



Thursday, August 19, 2010

Relationship

It is about being in one relationship and that relationship ending and having to move on.....sometimes you feel like you're in a new relationship but you're still on love with that old relationship,that old person.

You're not doing anything wrong....it is just that feeling you have.

- Katy Perry -